KaWan-KaWaN

Monday, August 23, 2010

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.


Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.


Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda....tidak rugi kita membuat kebaikan, amalan menambah pahala..

Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan
dakwah ini kerana Allah.

20 AMALAN MURAHKAN REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Memperbanyak istighfar Istighfar

rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.


15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)


Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sampaikan pesanku walau satu ayat...sharing is caring....

Monday, August 16, 2010

PEMBUANGAN BAYI : HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI



Menteri yang bertanggungjawab mengumumkan langkah-langkah mengatasi masalah buang bayi antaranya adalah menjatuhkan hukuman bunuh kepada pesalah buang bayi sekiranya didapati bersalah. Selepas ini kes sebegini akan diklasifikasi di bawah seksyen 302 @ 304 Kanun Keseksaan kerana Bunuh atau cubaan membunuh.

Ini ekoran daripada semakin banyaknya kes pembuangan bayi yang berlaku sepanjang 2 bulan kebelakangan ini di negara Malaysia yang bertamadun ini. Kaedah mengenalpasti pesalah yang membuang bayi dengan menggunakan spesimen DNA bagi menjejaki kedua ibu bapa si bayi malang tersebut bakal mengheret kedua-duanya ke tali gantung sebagai balasan berperangai kebinatangan.

Namun apa yang menyedih, tidak sampai 24 jam pengumuman bekenaan, berlaku lagi kes 4 kes buang bayi yang berlaku di 4 tempat yang berlainan. Timbul tanda tanya adakah hukuman bunuh yang diumumkan tidak cukup untuk mendatangkan kegerunan kepada mereka yang mempunyai hobi membuang bayi ini? Pelik diorang nie. Apa nak jadi dengan generasi Malaysia abad ke-21 ni.

Moga Ramadahan yang mulia ini, sama-sama lah kita berdoa supaya Tuhan mengampunkan dosa-dosa mereka dan kembalikan mereka ke pangkal jalan. Amin..

Solat Tarawih Banyak Fadilatnya

Solat Tarawih Banyak Fadilatnya


Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya maksudnya:
'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .

Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh.
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan.
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan.
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Malam kesepuluh.
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas.
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas.
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas.
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas.
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas.
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas.
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas.
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas.
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas.
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh.
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu.
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam kedua puluh dua.
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga.
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat.
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima.
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam.
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh.
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan.
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan.
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh.
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

Bersama-samalah kita merebut ganjaran yang dijanjikan oleh Allah ini..

Sunday, August 8, 2010

GAMBAR MALAIKAT YANG DIRAKAMKAN DI MEKAH



video ini dirakan oleh seseorang dengan tidak sengaja di mekah..
tersentuh hati saya apabila melihat video ni...Bagaikan tidak percaya akan cerita ini, tapi apa2 pun ni adalah kuasa yang maha isa..percayaa atau tidak terpulang kepada anda semua untuk menilainya..

Tuesday, August 3, 2010

Bangkai buaya tembaga kat Port Dickson

Bangkai buaya tembaga seberat hampir satu tan ditemui di Port Dickson


Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dengan seekor buaya tembaga yang telah mati dipercayai ditembak di Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson, semalam.

TELUK KEMANG 2 Ogos - Memang benar ada buaya di Port Dickson!

Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.

Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.

Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.

Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.

''Pada awalnya saya nampak satu objek seperti sebatang kayu besar dihanyutkan arus dan terapung di permukaan laut tetapi selepas dihampiri kami terkejut apabila objek itu adalah bangkai seekor buaya yang besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dia bersama beberapa rakan yang lain menarik bangkai buaya itu ke pantai selepas yakin reptilia berkenaan sudah tidak bernyawa lagi sebelum menghubungi anggota polis dan orang ramai untuk mengesahkan penemuan bangkai berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lokasi kejadian bertukar menjadi 'pesta' apabila orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan bangkai haiwan itu dari dekat.

Kata mereka, selama tinggal di Port Dickson dan berkunjung ke Tanjung Agas, ini adalah kali pertama reptilia sebesar itu ditemui oleh penduduk.

Bagi Mohd. Farez Mohd. Said, 19, dia percaya reptilia berkenaan datang dari kawasan paya bakau Sungai Linggi dan berada di laut untuk mencari ikan di pesisir pantai.

''Kami memang biasa memancing di situ dan penemuan bangkai buaya ini menakutkan kerana ia besar," katanya.

Bagi Azay Mohd. Safri, 30, pula, dia tidak menduga ada buaya 'tersesat' di laut dan ia boleh mengancam nyawa manusia lebih-lebih lagi pada waktu malam dan ketika reptilia berkenaan kelaparan.

''Tentulah kami terkejut kerana ada buaya di laut Port Dickson," ujarnya.

Dalam pada itu Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd. Zafifi Ramli berkata, pihaknya akan menyiasat kewujudan bangkai buaya di Tanjung Agas itu dan punca kematian haiwan itu.

''Kita akan menjalankan kajian terhadap bangkai buaya itu dengan bantuan kakitangan Zoo Melaka," ujarnya.

p/s:

Hati-hati bila mandi kat Port Dickson .... takut2 ada buaya yang menyerang....yeee takutnya nak mandi kat Port Dickson.....

Three-Headed Frog

Haish..macam-macam benda pelik sekarang ni kan..kali ni katak kepala tiga pulak..ketiga-tiga kepala katak ni berfungsi secara normal..memang pelik,macam tak caya aje....tapi betul la memang ada..kalau tak caya tengok video di bawah:

Monday, August 2, 2010

TANDA-TANDA PUASA HAMPIR TIBA

Ha...lagi 2 minggu lagi bulan puasa hampir tiba...jom kite baca tanda-tanda bulan puasa....

1. Iklan Yusuf Taiyoob

-Mesti punya iklan ni keluar dalam 2 minggu sebelum puasa..kan?
-Bila dengar je iklan ni, mesti tersenyum and fikir "A'aaa la..dah nak puasa ni".

2. "Tempahan Baju Raya Dibuka Sekarang".

- Perghhhh! Masa awal bulan Julai dah ada iklan ni. Lagi awal dari Yusuf Taiyoob.
- Kena tempah awal, sebab dah banyak sangat drama raya tunjuk kes baju tak siap, baju huduh dll.

3. Tudung Cantik & Menawan


-Yang pakai tudung: 1 tudung kaler biru, tak semestinya sesuai dengan 2 baju kaler biru..
-Yang free-hair: Semacam ada kemestian untuk membeli tudung/selendang. =)

4. Buffet Ramadhan.



- Tahukah anda, setiap tahun ada list Buffet Ramadhan? Some bloggers dah kongsi pun kat blog diorang.
- Ada Buffet Buka Puasa, ada Buffet Sahur jugak. Paling best, kalau free!
- The price really seems ridiculous to me-esp RM100 above!

5. Bazar Ramadhan


- Untuk golongan marhaen macam diriku, tak dapeklan nak makan hotel sokmo.
- So, usha2 la ceruk mana depa nak letak Bazar Ramadhan nearby
- Amat diperlukan oleh yang bujang dan juga married, working couple.
- My fav: Bazar Ramadhan taman Medan, Petaling Jaya!

6. Pening Fikir Persiapan Raya


- Yang dah kahwin, of course fikir persiapan raya family.
- Yang bujang dan bekerja, dok congak baper ringgit nak bagi duit raya!

7. Pre-Raya Sales! Jualan Murah Hari Raya!


- SEMUAAAAAA ada Sales sempena Raya.
- Shopping malls, kedai tayar, kedai motor, kedai aircond, kedai kasut, kedai kek, kedai bunga, kedai baju, kedai langsir, kedai perabot, kedai makan, kedai kamera hatta kedai ubat pun

8. Biskut Raya Murah!


- Sana-sini orang dah promote Almond London, Mama Carey, Samperit, Bahulu, Kerepek dll.

Sunday, August 1, 2010

AMALAN KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA

Buat semua pasangan suami isteri marilah kita menghayati tip2 dibawah ni.....
especially utk mereka yg dah berumahtangga nih...

9 Amalan Kebahagiaan Rumahtangga

1. Eratkan hubungan suami Isteri
Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain adalah antara petua untuk mencapai rumahtangga yang bahagia dan berkekalan. Ini sering digunakan oleh pasangan yang lebih lama mendirikan rumahtangga hingga ke anak cucu. Suami atau isteri harus mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.
2. Persefahaman dan Saling Tolak Ansur
Sikap saling memahami antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumahtangga. Suami atau isteri perlu mewujudkan persefahaman ini sebelum berumahtangga lagi. Tolak ansur dalam apa jua perkara amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah lain yang timbul.

3. Berterus Terang dan Bersikap Terbuka
Suami atau isteri yang mengamalkan sikap suka menyembunyikan sesuatu dengan pasangannya secara langsung boleh merenggangkan hubungan. Ini kerana sikap saling mencurigai akan wujud secara tidak disedari.Namun begitu, tidak semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan terutama perkara yang telah lepas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

4. Hargai Pasangan Anda
Menghargai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan. Misalnya suami perlu memberi pujian atas apa yang disediakan isteri. Pujian yang diberikan terhadap masakan isteri sekurang-kurangnya mengembirakan si isteri dan berasa dirinya dihargai. Begitu juga dengan pihak isteri, biarpun suami tidak melakukan tugas memasak, membasuh dan sebagainya, pujian yang diberikan kerana membantu anda di dapur pada hujung minggu sekurang-kurangnya memberikan mereka rasa dihargai...

5. Perhatian Yang Adil Terhadap Pasangan
Kadangkala suami atau isteri memerlukan perhatian lebih daripada pasangannya. Walau sesibuk mana pun anda dengan kerjaya atau tanggungjawab, luangkan sedikit masa terhadap pasangan anda. Meluangkan sedikit masa terutamanya pada hujung minggu dengan pasangan anda adalah lebih daripada anda menumpukan perhatian kepada kerja yang sememangnya tidak akan selesai.

6. Menghormati Antara Satu Sama Lain
Walaupun hak dan kuasa adalah lebih kepada suami, suami juga perlu menerima pandangan yang diberikan oleh isteri. Sikap saling menerima pandangan secara langsung akan mewujudkan sikap hormat isteri terhadap pasangannya.Isteri juga akan berasa dirinya lebih dihormati biarpun kedudukan mereka hanya sebagai isteri. Jadikanlah suami atau isteri tempat untuk berkongsi pendapat.

7. Menyesuaikan diri dengan rakan pasangan
Sekiranya anda diperkenalkan dengan rakan pasangan anda, seharusnya anda tahu menyesuaikan diri dengan mereka.Bagi anda yang mempunyai suami yang bertugas sebagai ketua kepada kakitangannya, sesuaikan diri sebagai isteri seorang ketua dengan kakitangan bawahan.

8. Saling mempercayai antara satu sama lain
Sikap saling mempercayai amat penting dalam kehidupan berumahtangga. Tanpa sikap tersebut, rasa ragu-ragu dan curiga antara satu satu sama lain akan timbul. Ini menyebabkan hubungan suami atau isteri menjadi dingin.

9. Anak sebagai pengikat kasih sayang
Anak juga merupakan faktor yang boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Namun begitu, bagi pasangan yang belum mempunyai anak, jangan berputus asa. Ini bukanlah bermakna anda tidak berupaya mewujudkan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan. Semua ini bergantung kepada anda sendiri untuk menciptanya.

JAnGkA HiDuP AkU

Daisypath Anniversary tickers