KaWan-KaWaN

Wednesday, September 29, 2010

4 JENIS EARNING NUFFNANG

4 Jenis Erning Nuffnang

Salam.. aiii.. arini nk share agi ilmu yg aku blaja pasal Nuffnang nih.. maklum la budak baru belajar.. ape yg aku nk share kat cni sume nye ape yg aku blajar dr Cikgu Dahlia.. tengkiu cekgu
bagi aku ilmu nuffnang ni terlalu luas, aku pn ase mcm pyh nk paham tp tu la org kata cabaran tol x? tgok org senang kita pn senang hakikatnya di sebalik tu kita xtaw. Bukan senang nk jd senang tp senang je nk jd susah. Ilmu ade di mana2 as long kita rajin mencari pasti kita jmpa kan? kan? ok lah ni aku nk kenalkan 4 jenis earning Nuffnang. untuk pengetahuan pic dlm ni pn aku pnjam dr blog cikgu dahlia sbb xkan nk boh pic dr akaun nuff aku lak.. nnt korang xpaham plak =p

1. Campaign @ CPC (Cost Per Click)
Ini adalah kempen iklan yg paling rendah bayarannya. Kebiasaannya blog yang berdaftar dan mengiklankan ads dr Nuffnang di blog akan ada jenis earning ni dan erning jenis ni akan diupdate pada hari Isnin setiap minggu kecuali cuti. So after jam 10pg korang dh bleh check jumlah pendapatan kempen bg minggu sebelumnya..

Faktor yang mempengaruhi jumlah earning dalam iklan CPC / Campaign ini ialah :
a. Status Keahlian - Gliterati 25sen/click
Ordinary Members 15sen/click
so make sure status korang Gliterati hokey..

b. Pelawat dr malaysia sahaja dikira, kalau peratusan pelawat blog dr malaysia rendah maka kempen yg korang dpt juga lebih rendah.Set kan target visitor menggunakan Gogle Webmaster Tool.

c. Make sure traffic tinggi time iklan kluar.. bila iklan kuar korg blogwalking la byk2 ke blog yg tuannye tgh online k..kalau pelawat time tu ramai semakin tinggi la kemungkinan utk mendapatkan pendapatan dr cpc nih..

d. Bak kata cikgu dahlia tiada klik = tiada earning. Iklan jenis ini tidak akan membayar sama sekali jika xde org yang klik kat iklan kite tu..

2. Buffered Earning @ mCPM (Cost Per Impression Campaign)
BE merupakan stage tinggi dlm nuffnang bagi blogger . Tak semua org akan dpt BE nih. kempen ini diberi bergantung kepada advertiser yang memilih sendiri blog yang mereka berkenan dengan khidmat nasihat Nuffnang berdasarkan keahlian, sumber traffic dr negara mana dan gaya persembahan blog. BE ni korang dpt lihat peningkatan nilai nya setiap hari sebab ia di update setiap hari.. awl2 pg korang dh leh lihat peningkatan earning.
CTR bonus diberi sebagai tanda penghargaan diatas prestasi baik blog untuk kempen tersebut. dimana CTR bonus ini diberi apabila CTR melebihi 0.2% berdasarkan standard. maknanya kalau ade org klik kat ats ikalan BE korang dengan nisbah lebih 0.2% nuffnang akan bg bonus la, tapi akan jd 0 kalau kurang dr 0.2%. Semuanya bergantung kepada pelawat yang berada di blog korang utk klik iklan tu atau x.. so.. kesimpulannya rajin2 la blogwalking..

Current Earning pula memaparkan pendapatan mengikut bilangan impression pd masa kempen berlansung di blog. faktor yg mempengaruhi Current Earning ialah :
a. Status keahlian - BE ni kebiasaan nya diberi kepada Gliterati. Ordinary Member yang dpt BE ni.. nilainye adalah separuh je. Pastikan korang Gliterati

b. Make sure visitor ke blog korg adalah local visitor. kalau pelawat beribu skali pn tp 50% adalah dr luar Malaysia, Current Earning adalah lebih rendah.

c. Jumlah pelawat pada hari kempen tersebut berlansung di blog anda memaikan peranan yang sangat penting.

d. iklan atau kempen ini juga bergantung kepada jumlah pelawat yang dibeli di blog korang. Jika blog korang telah memenuhi jumlah pelawat yang dibeli pd hari tertentu korang xkn dpt lihat iklan tu kat blog korang agi.. dan iklan hanya kuar selepas jam 12 mlm utk hari berikutnya selagi kempen tersebut berlansung.

e. Tempoh iklan juga memainkn peranan penting untuk menaikan Current Earning. Bila tempoh iklan tu lama makin bertambah la Current Earning.. bergantung kepada tempoh masa yg diberikan oleh nuffnang.

Tips cikgu Dahlia : Slagi ada buffered erning di blog, tingkatkan lah traffic ke blog korang..

3. Metered Earning


Ramai blogger keliru ngan ape tu Metered Earning. Metered earning tu adalah buffered earning yang telah expired. Iklan ini kira nya dh lupus dan nuffnang dh bg pembayaran utk korang.Ingat, ni bukan iklan baru hokey..


4. Sponsored Post @ Advertorials
Ini adalah peluag besar untuk mendapatkan pendapatan tinggi dari Nuffnang. Sbb tu la Redmummy leh dpt beribu2 ringgit pendapatan ngan Nuffnang tiap2 bulan.. entry aritu da janji nk wat ciket entry pasal redmumy.. tp tggu ye... akan datang =) kalau korang tgok kat blog redmummy pasti ada job advertorial yang dia perlu lakukan..
Untuk mendapatkan earning nih masih misteri kata cikgu dahlia sebabnye.. emmm sebab ni peringkat tertinggi earning. Pemilihan mmg bergantung pada Advertiser n susah sgt nk ckp kriteria yg diperlukan. ade sumber ckp yg UV kena melebihi 1000 setiap ari.. difahamkan..utk 1 advertorial job nih (skrg ditukar nama ke sponsored post) blogger yg terpilih itu akan mendapat bayaran serendah RM50 sehingga RM1500 per Advertorial.

APA ITU NUFFNANG

sbnarnya aku pn xtaw apa tu nuffnang. Bila org letak aku pn letak.. bila blogwalking org suh klik.. aku pn klik. Aku tgok byk org cash cek ada yg beratus.. ada yg beribu riban.. huh.. mcm ni punya part time mmg best la.. bkn nk penat pn.. silap2 mcm ilmu leh dpt.. yela.. smbil jejln kat blog org mcm2 entry bleh bce.. dr berita semasa.. meniaga smpai la gosip2..
ok.. ni nk kongsi siket pemahaman aku pasai nuffnang yg aku sndiri blaja di blog cekgu dahalia hehehe...

1. Nuffnang ni "blog advertising community".. means nuffnang ni lebih dekat dgn blogger. Sbgai nuffnanger mestilah aktif n jgn dok tempek iklan je pastu tggu duit masuk..

2. Nuffnang memaparkan iklan menggunakan ruang yg minimun.. maknenye iklan dia letak dlm kotak kecik je.. so xde la blog tu berat ke hape.. loding blog pn xde la lembap..
3. Bila dh daftar ngan nuffnang n dh bergelar Gliterati korang leh la guna kemudahan ping aggregator.. nk taw mcm mana.. ha tu tgok pic kat bwh ni.. aku nye dah boleh guna tp xmau letak sbb blog aku dh mcm tadika kanak2 rebina n aku xmau widget byk sgt.. korg yg berminat leh la letak ye..

bila korang dh bergelar Gliterati korang boleh guna Innit utk pos entry.. tp mmg comei kan layout dia???????? =)

4. Selain dr tu nuffnang jugak offer mcm2 lg.. contohnye tiket filem percuma n contest utk semua blogger. Contest yg nuffnang anjur ni selalunya agak lumayan.. korang yg dok kl tu leh la join dah la dpt tiket free pastu dpt tgok awl sehari lak.. tu yg best tu..

5. Aktiviti best yg lain penah nuffnang wat seperti Gatsby Street Fair ( rekod dunia tu beb!), Projek Alpha, Friso Out, Digi Party n sesi berbuka puasa di bulan Ramadhan..

6. Dengan nuffnang jugak blogger2 berpeluang jd fames tanpa perlu sebarang kontroversi.. tgok saja la redmummy, beautifulnara.. xpe2 nnt aku tulis pasal redmummy lak..

oklah.. stakat tu je bebelan aku pasai nuffnang ni.. aku nye pn bru ade bape sen je.. insyallah kita same2 blaja ye..♥~

Monday, September 27, 2010

“DiGi iPhone 4 Me”.

Pasti semua tahu iPhone kan? siapa yang tak mahu iPhone? semua mesti nak kan?

Sejak kehadiran pertamanya, iphone ini telah menarik perhatian saya lebih-lebih lagi iPhone sangat terkenal dengan layarnya tentu saja dari seluruh functionnya mengunakan layar sentuh yang canggih. Banyak yang tertarik dengan iPhone sebab design yang nipis, cantik,terlebih lagi karena sistem operasi dan user interface-nya.

bestnya bila dapat satu...bila la agaknye nak dapat pakai iphone ni....
insyallah..kalau ada rezeki...mudah-mudahan dapat la dari peraduan nuffnang ni .....

Thursday, September 16, 2010

Lelaki Dayus

Nabi Muhammad SAW bersabda: Terdapat 3 golongan manusia yang diharamkan oleh Allah untuk mencium bau syurga:

1. Orang yang (mengekalkan) minum arak.

2. Orang yang derhaka pada ibu bapa

3. Orang dayus yang membiarkan isterinya membuat zina, sedangkan dia tahu mengenainya.

Dalam entry kali ni, Ron nak jelaskan sedikit mengenai point yang ketiga, iaitu lelaki yang dayus! Penjelasan ini adalah berdasarkan satu ceramah daripada ustaz Kazim Elias dan Ron ingin berkongsi dengan semua orang (terutamanya lelaki) betapa pentingnya untuk kita faham konsep dayus.

  • Jika kita berzina dengan isteri orang, sedangkan suaminya tidak tahu mengenainya, maka dosa si suami tu kita yang tanggung, manakala pahala amalan2 yang kita dah buat bertukar kepada dia. Dengan kata lain, kita ambil dosa dia, manakala pahala kita dia ambil.
    .
  • Manakala bagi si isteri pula jika berzina dengan lelaki lain, maka seluruh azab manusia dalam kubur dihimpun dan akan kena pada kita dalam kubur kelak.
    .
  • Definisi dayus menurut ulama’ adalah orang yang tiada menegah akan manusia lain daripada masuk atas isterinya. Makna ‘masuk’ di sini termasuklah nak pegang isteri dia, nak peluk isteri dia, nak berlakon dengan isteri dia dan sebagainya, dia tak kisah.
    .
  • Dengan kata lain suami pada pelakon adalah dayus dan tidak akan cium bau syurga. Sebab tu jangan kahwin dengan artis.
    .
  • Jangan biarkan isteri kita bersalaman tak tentu hala. Terutama sekali pada hari raya, kita biarkan saja isteri kita bersalaman dengan pak sedara kita. Tak boleh kerana pak sedara kita halal nikah dengan isteri kita. Kenapa kita biarkan isteri kita buka tudung depan pak sedara kita?
    .
  • Bagi sesetengah ulama’ lain pula, makna dayus ialah orang yang membeli ia akan jariah, yakni hamba perempuan yang bernyanyi-nyanyi ia bagi segala manusia. Dengan kata lain, mana-mana isteri yang jadi penyanyi dan bernyanyi di khalayak ramai, suaminya adalah dayus. Sama juga dengan kes suami pelakon tadi. Minta maaf pada suami2 artis, anda kena suruh isteri anda berhenti menjadi artis jika hendak cium bau syurga. Melainkan isteri kita menyanyi hanya untuk didengari oleh kaum perempuan saja, termasuklah technician, tukang lampu dan sebagainya yang berada di situ semuanya perempuan. Amacam? Ada harapan nak jadi penyanyi camtu? Berhenti jelah senang..
    .
  • Sesetengah orang paham, dayus tu maknanya tak mampu tidur dengan isteri. Tu bukan dayus, tu LEMAH namanya. Dayus tu maknanya kita biarkan isteri kita buat jahat dengan laki lain.
    .
  • Suami wajib temankan isterinya jika si isteri hendak keluar dengan lelaki yang bukan mahram. Ini termasuklah adik angkat, instuctor dan sebagainya.
    .
  • Bagaimana pula jika si isteri sudah berbuat jahat dengan lelaki lain, dapat tahu pada si suami, tetapi si suami mengampunkan pula isterinya setelah isterinya menyesal dengan perbuatannya..adakah si suami itu dikira sebagai dayus kerana mengampunkan isterinya?? Tidak..itu tak dikira dayus, malah itu yang sebaiknya..si suami kena menasihati isteri supaya tidak mengulanginya..yang dikira dayus adalah suami yang membiarkan sahaja isterinya berbuat jahat walaupun dia tahu..
Sebenarnya ada banyak lagi perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan kita jatuh 'dayus'..

Khasiat-khasiat ayat & surah dalam al-Quran

1) (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca basmalah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r. a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini. Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA’ (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud) Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA’D (Petir) Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

(17) SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s. w. t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji) Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-ayath 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA’ (Saba’) Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) Nabi kita Muhammad s. a. w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s. a. w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s. a. w bersabda: “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad) Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat ‘Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain.

11 Tips Menghindari Marah

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

WANITA - TANAH, AIR, API & ANGIN

Ini adalah rahsia wanita yang mahu aku kongsikan bersama kawan kawan sekalian, walaupun ada antara kamu semua sudah mengetahuinya, baca lar jugak ye! Boleh refresh balik, Heh!

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari)

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

JAnGkA HiDuP AkU

Daisypath Anniversary tickers