KaWan-KaWaN

Thursday, July 22, 2010

OLDTOWN - MEE KAKI KATAK


Seorang penuntut kolej swasta memfailkan saman ganti rugi terhadap Kopitiam popular selepas mendakwa termakan hidangan mi dengan sepasang kaki katak, ketika menikmati makan malam bersama keluarganya di cawangan restoran itu di Bukit Tinggi, awal Mac lalu.

Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24, (plaintif) memfailkan tuntutan menerusi peguam Adnan Abd Rahim di Pejabat Pendaftar Mahkamah Klang, pada jam 3 petang semalam. Bagaimanapun, dia tidak menyatakan jumlah ganti rugi dalam writ saman itu.

Dia menamakan Artisan Natural (M) Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd sebagai defendan kedua. Dalam penyataan tuntutannya, Aliff Shanaz mendakwa ketika sedang menikmati hidangan mi di restoran berkenaan, dia menjumpai sepasang kaki katak kecil yang membuatkannya terkejut dan hampir muntah. Plaintif menunjukkan kaki haiwan itu kepada kaki tangan restoran itu dan meminta penjelasan berhubung perkara itu daripada pengurus bertugas.

Dia mendakwa, pengurus berkenaan pada mulanya enggan memberi penjelasan sebaliknya mengarahkan juruwang mengambil gambar kaki itu dan membawa hidangan itu masuk ke dapur. Plaintif bagaimanapun tidak bersetuju dan meminta pengurus keluar bagi menjelaskan hal berkenaan sebelum diberitahu bahawa ia berpunca dari kesilapan ‘Central Kitchen’ yang diuruskan defendan kedua.

Katanya, dia menolak tawaran pengurus supaya tidak perlu membayar makanan itu. Rentetan kejadian itu, plaintif membuat laporan polis dan Jabatan Agama Islam Selangor, masing-masing 14 dan 15 Mac lalu. Dia mendakwa, satu pertemuan diatur kedua-dua pihak di sebuah restoran, namun tiada sebarang penyelesaian dicapai.

PERINGATAN...

BERHATI-HATI BILA MAKAN KAT KOPITIAN....
SEBAB KITE TAK TAHU DIA ORANG MASAK APA KAT DAPUR ...

DAN KITE TAK TAHU MAKANAN YNAG DIGUNAKAN TU HALAL ATAU TAK...
BERHATI0HATI LA KAWAN-KAWAN YEK....

4 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

erk....mcm mane blh ada...agknya nak wat rencah kot..kembang tekak tgk...

-:AkU.iNsAn.BiAsA:- said...

nak bagi mee dia sedap...kaki katak la jadi perendah..berhati2 kalau makan kat kopitiam yek...

Hariz said...

lepas nie mau olepak kat mn =.=

sarina said...

euuuww.....geli nyer..apa la motif ey kalao mereka mmg berniat nak letak kaki katak tu?
ataupun secara tak sengaja kot kaki katak ade kat situ...maybe la..kite tak tahu citer sebenar..

Post a Comment

JAnGkA HiDuP AkU

Daisypath Anniversary tickers