KaWan-KaWaN

Monday, August 16, 2010

PEMBUANGAN BAYI : HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI



Menteri yang bertanggungjawab mengumumkan langkah-langkah mengatasi masalah buang bayi antaranya adalah menjatuhkan hukuman bunuh kepada pesalah buang bayi sekiranya didapati bersalah. Selepas ini kes sebegini akan diklasifikasi di bawah seksyen 302 @ 304 Kanun Keseksaan kerana Bunuh atau cubaan membunuh.

Ini ekoran daripada semakin banyaknya kes pembuangan bayi yang berlaku sepanjang 2 bulan kebelakangan ini di negara Malaysia yang bertamadun ini. Kaedah mengenalpasti pesalah yang membuang bayi dengan menggunakan spesimen DNA bagi menjejaki kedua ibu bapa si bayi malang tersebut bakal mengheret kedua-duanya ke tali gantung sebagai balasan berperangai kebinatangan.

Namun apa yang menyedih, tidak sampai 24 jam pengumuman bekenaan, berlaku lagi kes 4 kes buang bayi yang berlaku di 4 tempat yang berlainan. Timbul tanda tanya adakah hukuman bunuh yang diumumkan tidak cukup untuk mendatangkan kegerunan kepada mereka yang mempunyai hobi membuang bayi ini? Pelik diorang nie. Apa nak jadi dengan generasi Malaysia abad ke-21 ni.

Moga Ramadahan yang mulia ini, sama-sama lah kita berdoa supaya Tuhan mengampunkan dosa-dosa mereka dan kembalikan mereka ke pangkal jalan. Amin..

3 comments:

♥ain.shamimi♥ said...

:)

mrnoble said...

bayi pon manusia jugak. kalu menyebabkan kematian manusia, mesti la kene hukum.

Anonymous said...

ish ish ish..
semoga kita dijauhkan daripada melakukan kekejaman seumpama ini :'( tak suka tak suka dengan para manusia berhati kejam yang buat camni. time buat benda tuh langsung tak fikir consequences ~ GERAMMMMMM!

Post a Comment

JAnGkA HiDuP AkU

Daisypath Anniversary tickers