KaWan-KaWaN

Wednesday, December 15, 2010

FADILAT PUASA HARI ASSYURA.. 10 MUHARAM 1432

"Puasa hari 'Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu." (HR. Muslim no. 1975)


SAUDARA-SAUDARAKU...

ESOK KHAMIS 16 DISEMBER BERSAMAAN 10 MUHARAMM 1432.. PADA HARI ESOK, KITA SANGAT-SANGAT DIGALAKKAN UNTUK MELAKUKAN PUASA SUNAT YANG JUGA DIKENALI PUASA SUNAT AS SYURA.. MARILAH KITA AMBIL KEBERKATAN DARIPADA BERPUASA ESOK HARI, KERANA DI DALAMNNYA MENGANDUNGI BANYAK FADILAT-FADILAT YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SWT... MARILAH KITA MENGAJAK KELUARGA KITA, SAHABAT-SAHABAT KITA UNTUK SAMA-SAMA MELAKUKAN PUASA SUNAT AS SYURA ESOK... INSYA ALLAH

Bulan Muharram merupakan salah satu dari empat bulan haram yang telah Allah muliakan. Secara khusus Allah melarangan berbuat zalim pada bulan ini untuk menunjukkan kehormatannya. Allah Ta’ala berfirman,

“Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (QS. Al-Taubah: 36)

Larangan berbuat zalim pada bulan-bulan ini menunjukkan bahawa dosanya lebih besar daripada dikerjakan pada bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amal kebaikan yang dikerjakan di dalamnya juga dilebihkan pahalanya. Salah satu amal soleh yang dianjurkan oleh Nabi saw untuk dikerjakan pada bulan ini adalah ibadah shiyam. Beliau menganjurkan untuk memperbanyak puasa di dalamnya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda,
"Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu." (HR. Muslim, no. 1982)

Menurut Imam Al-Qaari berkata, bahawa secara zahir, maksudnya adalah seluruh hari-hari pada bulan muharram ini. Tetapi telah disebutkan dalam hadis shahih bahawa Nabi saw tidak pernah sama sekali berpuasa sebulan penuh kecuali di Ramadhan. Maka hadis ini dipahami, dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram bukan seluruhnya.


Puasa Tasu’a dan ‘Asyura
Pada umumnya dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram ini. Hanya saja perhatian khusus Syariat tertuju pada satu hari, iaitu hari ‘Asyura. Berpuasa pada hari tersebut dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Rasulullah saw bersabda,
"Puasa hari 'Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu." (HR. Muslim no. 1975)

Bilakah Hari ‘Asyura Itu?
Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Demikianlah pendapat jumhur ulama dan yang nampak dari zahir hadis berdasarkan kemutlakan lafaznya dan yang sudah ma’ruf menurut ahli bahasa. (Disarikan dari al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi)



Ibnu Qudamah berkata, ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Ini merupakan pendapat Sa’id bun Musayyib dan al-Hasan al-Bashri yang sesuai dengan riwayat dari Ibnu ‘Abbas,

“Rasullah saw memerintahkan berpuasa pada hari ‘Asyura, hari kesepuluh dari bulan Muharram.” (HR. al-Tirmidzi, beliau menyatakan hadis tersebut hasan shahih)

Diriwayatkan dalam Shahihain, dari Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, dan Asiyah bahawa Nabi saw telah berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.

Ibnu Abbas r.a pernah menceritakan tentang puasa Nabi saw,
“Aku tidak penah melihat Nabi saw bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Anjuran Jangan Puasa ‘Asyura Saja, Tapi Sertakan Satu Hari Sebelumnya

Disunnahkan juga berpuasa pada hari sebelumnya, iaitu tanggal Sembilan Muharram yang dikenal dengan hari Tasu’a.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, beliau berkata, “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa padanya, mereka menyampaikan, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nashrani.’ Lalu beliau saw bersabda, ‘Kalau begitu, pada tahun depan insya Allah kita berpuasa pada hari kesembilan’. Dan belum tiba tahun yang akan datang, namun Nabi saw sudah wafat.” (HR. Muslim, no. 1916)

Berkata Imam al-Syafi’i dan para sahabatnya, Ahmad, Ishaq dan selainnya, “Disunnahkan berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh secara keseluruhan, kerana Nabi saw telah berpuasa pada hari ke sepuluh dan berniat puasa pada hari kesembilan.”

Apa Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu’a?
Imam al-Nawawi rahimahullaah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya shiyam hari Tasu’a:
Pertama, maksud disyariatkan puasa Tasu’a untuk membezakan puasa orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.

Kedua, maksudnya adalah untuk menyambung puasa hari ‘Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jum’at saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.

Ketiga, untuk kehati-hatian dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura, dikhuatirkan hilal berkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan hitungan, hari ke Sembilan dalam penanggalan sebenarnya sudah hari kesepuluh.

Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, iaitu untuk membezakan puasa ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullaah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, “Rasulullah saw melarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadis. Seperti sabda beliau tentang puasa ‘Asyura,

“Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.” (HR. Muslim)

Ibnu Hajar rahimahullaah dalam catatan beliau terhadap hadits, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan dibawa maknanya agar tidak membatasi pada hari itu saja. Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai bentuk kehati-hatian ataupun untuk membezakan puasa orang Yahudi dan Nashrani. Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebagian riwayat Muslim.”

Bolehkah Berpuasa Pada Hari ‘Asyura Saja?

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullaah dalam al-Fatawa al-Kubra Juz ke IV berkata, “Puasa hari ‘Asyura menjadi kafarah (penghapus) dosa selama satu tahun dan tidak dimakruhkan berpuasa pada hari itu saja.” Sedangkan Ibnu Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj menyimpulkan bahwa tidak apa-apa berpuasa pada hari itu saja.

semoga kita mendapatkan janji yang disebutkan dalam hadiss nabawi, iaitu diampuni dosa-dosa selama setahun yang lalu. Semoga Allah memberikan kemudahan dan kekuatan kepada kita untuk melaksanakannya.

2 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

selamat berpuasa bg yang berpuasa hari ni :)

Unknown said...

Do you want to set Binance exchange account recovery issues? What are the viable steps to make it? If you don’t have recommendations related to the error, you can dial Binance customer care number 1-800-665-6722 and speak to the team of elite gemstones who is always at your service. The professionals are always there to resolve your issues and have all the modern methodologies and procedures that can fix all sort of issues whether slight or arduous in the least possible time.

Post a Comment

JAnGkA HiDuP AkU

Daisypath Anniversary tickers